Janganlah hanya mencari kekayaan di dunia tetapi kekayaan untuk akhirat diabaikan. Ambil peluang 10 malam terakhir ramadhan ini untuk melipatgandakan amalan2 kita untuk akhirat nanti..especially di mlm lailatul Qadr ...aku ngaku..aku pun kengkadang rase malasss je nak bgn wat tahajjud ngan hajat tgh mlm bile ngantuk2 tu..even da kunci jam..he he he..so ape yg aku tulis ni untuk renungan aku sendiri jugak..dan semoga tambah pahala aku yg masih tak cukup amalan lagi ni dgn mengajak korang...untuk 10 mlm terakhir nih...jomla ramai2 kita buat..semoga ianya lebih baik dr ibadat yg kita da buat time 10 mlm ramadhan yang lepas2..
Setiap solat sunat ni ada banyak cara nak dilakukan..contohnya solat sunat taubat. Ada 4 cara hendak melakukannya dari yang paling ringkas bacaannya hinggalah paling banyak bacaan surah dan doa dlm sembahyang. Di sini aku buh solat sunat taubat (satu) iaitu yg simple dan mudah tuk kita buat, kalu nak wat yg panjang leh gak ( solat sunat taubat (dua), (tiga)(empat) ), tp tu korang refer bukula sbb aku pun takleh nak tulis kat sini doanya yg panjang dlm arab . ..
Di sini aku pilih beberapa solat sunat yang ringkas bacaan surah dan doanya ... yg baiknye kalu kite buat untuk minta ampun dr Allah swt..nak hajat sesuatu...nak murah rezeki..nak tetap iman..nak keredhaan Allah swt bagi diri sendiri, keluarga dan saudara sesama islam kita sendiri..dan doa banyak2 supaya masuk syurga dan dijauhi neraka..antaranya...
1. Solat sunat taubat (satu):
Lafaz niat : " Usolli sunnatat taubati rak'ataini lillahi ta'ala "
Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah Taala.
Rakaat pertama : Baca fatihah ngan Al-Ikhlas
Rakaat kedua : Baca Al-Fatihah ngan An-Nas
Selepas beri salam, perbanyakkan istighfar berulang2 kali..
2. Solat sunat Tahajjud ( solat sunat lps terbgn dr tidur, even lps tidur sebentar)
Lafaz niat: " Usolli sunnatal tahajjud rak'ataini lillahi ta'ala "
Sahaja aku solat sunat tahajjud 2 rakaat kerana Allah Taala.
Rakaat pertama: Baca Al-fatihah dan Al-kafirun
Rakaat kedua: Baca Al-Fatihah dan Al-Ikhlas
Semasa sujud akhir pd rakaat kedua, ucaplah sebyk 3 kali iaitu.."rabbi adkhilni......." Aku tak tulis penuh doanya..better korang tgk buku refer untuk hafal bacaan doa ni sbb dibaca dlm solat...pendek shj doanya..lps salam pun ada doa..panjang tp korang leh tgk buku tuk doa ni sbb di luar solat..
3. Solat sunat hajat (cara yg kelima)
Lafaz niat : Usolli sunnatal hajaati rak'ataini Lillahi Ta'ala
Sahaja aku solat sunat hajat 2 rakaat kerana Allah Ta'ala.
Rakaat pertama: Baca Al-fatihah, kemudian baca Al-kafirun sebanyak 10 kali.
Rakaat kedua : Baca Al-Fatihah, kemudian baca Al-Ikhlas sebanyak 10 kali.
Selesai salam, sujud kembali dan berdoa 10 kali : Rabbana atina fiddunya hasanah, wafil akhirati hasanah, waqina 'azabbannar.
Setelah tu, selawat 10 kali ke atas nabi Muhammad saw..
Selepas selawat, lafazkan 10 kali: Lahaulawala quwwata illa billahil 'aliyyil 'azim..
Kemudian, mintalah pd Allah ( di dlm hati) rezeki yg sedang diusahakan..InsyaAllah..*buat solat sunat hajat ni lps waktu 12 tgh mlm, khususnya untuk minta rezeki dr Allah swt*..nak th cara melakukan solat hajat yg lain..sila refer buku atau rujuk kpd guru agama anda..
4. Solat sunat Lailatul Qadar
Dilakukan sebanyak 4 rakaat dgn satu salam pd mlm lailatul Qadar..oleh sbb kita tak th bile mlmnya lailatul Qadar..baiklah kita buat setiap mlm di 10 mlm terakhir Ramadhan ni..
Lafaz niat : "Usolli sunnata lailatilqodri arba'a raka'aatin Lillahi Ta'ala"
Sahaja aku solat sunat mlm lailatul Qadar 4 rakaat kerana Allah Ta'ala.
Setiap rakaat : Baca Al-Fatihah, kemudiannya baca Attakathur satu kali, dan surah Al-Ikhlas 3 kali.
Selepas beri salam, baca doa..yg ni pun aku tak tulis sbb pjg..harap korang leh refer buku...harap maaf mane doa2 yg aku tulis tak penuh..diharap korang leh refer buku..aku da tunjukkan hampir keseluruhan nak mengerjakan solat2 sunat di atas ni tidaklah seberat yg disangka..jadi..jomla kite reramai buat..cume kite kene pakse skit diri mula2 untuk melakukannya..once da amik wuduk ..hati kita sdiri akan rela hati nak buat..nagntuk2 tu akan ilang nnt...:) ops..aku lupe satu agi..
5. Solat sunat Dhuha
Dilakukan ketika matahari sedang naik antara jam 8 pagi hingga 11 pagi. Jumlah rakaat tidak terbatas dr 2 rakaat hingga 12 rakaat. Tiap 2 rakaat satu salam..
Lafaz niat: " Usolli sunnata dhuhaa rak'ataini Lillahi Ta'ala"
Sahaja aku solat sunat Duha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala..
Rakaat pertama: Baca Al-fatihah dan As-Syams
Rakaat kedua: Baca Al-fatihah dan Ad-Dhuha
Semasa sujud akhir, bacalah doa ni sebnyak 40 kali:
"Wahabli ya wahhabu 'ilma wahikmata warzuqni ya razzaqu kun li musahhala"
Aku rase better doa ni korang refer jugak buku tuk tgk spelling arab supaya sebutan makhraj sume btul sb kat sini korang tak dpt beza huruf ha kapal ngan ha garau dlm tulisan rumi..
Selepas memberi salam, berdoalah. Ade doa die..maaf sklai lagi, korang kene refer buku gak..sbb pjg..hehehe....
Banyak lagi sbnrnya solat2 sunat yg lain...tp aku cume tulis skit dr 75 solat sunat yg bole kita amalkan...ape2pun..korang bole baca buku solat2 sunat ni untuk fahaman yg lebih mendalam..tambahkan juga amalan2 lain spt beriktikaf di masjid ( perempuan bole buat iktikaf kat umah, mane yg da kawin, minta izin suami dulu), berzikir, mengaji al-Quran dll...
Ape2pun..aku minta maaf dr hujung rambut smpi hujung kaki sb ade yg tak lengkap aku tulis ..jadi jgn pth smangat...harap korang cari buku psl solat2 sunat ni...byk kat kedai ..kalu da ade..bgsla..amik peluang ni buat..kalu b4 ni tak pnah buat..mulakanla skrang..masih tak terlambat..bg yg mmg selalu buat..alhamdulillah..marilah kita buat dgn lebih baik lagi..ok..kalu ade ape yg aku tersilap..harap korang leh inform aku so aku leh btulkan..ni aku amik dr buku....bukan aku reka2..so jgn risau..tp kalu ade yg aku tersilap taip atau membawa kepada erti yg lain..tlg bgth..
Last..aku nak amik kesempatan ni untuk memohon maaf atas sume salah silap aku kat korang yee..halalkan sumenye..panjang umur kita bersua muka nanti..selamat menunaikan ibadat kengkawan....:)